Monday, August 4, 2008

Emmm...

Rupanya ada yg berkecil hati bila aku tak mentioned kat sini pada mereka2 yg telah banyak membantu aku semasa di hospital tempohari...hehehe...MAAF kan aku sebab aku tak sengaja....aku update blog ni ari tu dalam keadaan tergesa2..maklum la kerja banyak...

Kekadang rasa serba salah...ye la, tak kan lah setiap perbuatan nak di mentioned kat blog ni secara detail kan....?

Ok la...sekali lg aku dengan hati yang tulus ikhlas ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga pada adik pompuan aku, kakak (walaupon dia adik, tp aku panggil dia kakak sbb org panggil aku kak long) yg bersusah payah jaga aku masa kat ICU, kepada kak su (baby sitter & kakak angkat) yg jaga makan minum anak aku selama ni, sekolah, serta tingkah laku anak aku dan tumpangkan tira di rumah dia sepanjang aku dimasukan ke hospital buat kali ke 2. Serta tak lupa juga sekali lagi kepada Rizy....Terima kasih sebab ambil berat pasal aku, sanggup datang dari Muar, walaupon bz dengan tugas-tugas seharian, korbankan masa rehat datang ke KL selama semata-mata utk jaga aku walaupon terperuk dlm wad selama 3 ari, jaga makan minum aku kat wad dan hantar aku balik umah selepas discharged tempohari. Walau aku tau dia mmg nak sangat dtg semasa aku kat ICU lagi..tapi demi tugas, dia terpaksa datang lewat sket selepas aku di pindahkan ke wad biasa...tak pe, aku paham..memang dia risau kan keadaan aku semasa aku dibedah dan di ICU, pernafasan aku telah terhenti beberapa kali.... Jika di takdirkan aku "pergi" dulu semasa aku di ICU tempohari..aku harap dia redha. Dan semestinye sebelum aku dibawa ke bilik bedah tempohari, aku telah bersedia secara mental & fizikal, tawakal & redha andai surgery ni tak berjaya..dan jika sudah sampai ajal...aku redha...Ajal, jodoh, rezeki bukan urusan kita kan?....Sbb tu sblm aku admitted, aku nk pasti kan sume urusan aku di bereskan...

Pada SEMUA...terima kasih ye ;)

No comments: