Thursday, September 18, 2008

Persiapan

Klau tak de aral, InsyAllah..lagi 12 ari umat Islam akan merayakan Aidil Fitri. Bagi org perempuan..start esok dah mula la bz dgn persiapan raya, yg mana dah order kuih2 raya next week org dh start deliver kuih, baju raya dh siap kena amik kat tailor, nak bersih rumah lagi..

Ari ni zura bwk baju kurung yg aku tempah bulan lepas, semalam dapat 1 jenis kuih raya, minggu depan ada 3 lagi...cukup la, sekadar ada. Aku kesiankan anak aku je..klau kwn dia dtg umah, nnti tak de lak kuih kan? Mna tau klau ada pot-luck pas raya ni, mana aku nk cekau kuih raya? Minggu ni start nak bersihkan umah, sket2 la..nak buat sume mana larat. Maid indon yg slalu dtg bersih umah (aku byar per hour) dh balik kampung plak. Klau ada dia senang sket..2 1/2hrs..dah siap umah aku dia bersihkan...siap lap kipas lagik.

Weekend ni nk gi beli barang dapo, sbb next weekend aku nk ke pasar muhibbah kat umah je sbb nk beli brg2 basah utk raya. Klau pegi Tesco ke, Giant ke mesti ramai orang...tak kuasa nk berbaris panjang la..lagi satu nk carik parking. Tahun ni gak first time aku nak masak rendang resipi turun temurun dari mak. Slalunya aku cuma tolong2 prepare bahan2 nye je...Pada yang masih ada ibubapa, sedara mara kat kampung, balik la...lain suasananye kalau braya kat kampung dengan kat bandar nih...

Kekadang aku jeles tgk mereka2 yg masih ada kampung halaman nih....terpikir satu idea, pe kata klau homestay2 yg ada kat Malaysia ni dibuka juga pada Hari Raya, khusus utk org yg tak de kampung, yang tak de sedara mara atau anak2 yatim (yg dh bekerja la) atau pelancong2? Stakat beraya ke umah terbuka PM atau Agong mcm formal sangat...

Lagi satu idea aku ialah...pe kata sama de kerajaan ke, pihak swasta ke ada kan asrama khusus utk pelajar2 yg lemah dlm pelajaran? Yg pandai...asrama & kemudahan utk mereka mmg byk...dh tentunya dorang ni pandai. Tp bg pelajar2 yg ketinggalan sket ni..klau di bimbing, dilatih mesti dorang boleh berjaya juga disamping dapat mengawal mereka dari terjerumus dengan aktiviti yg tidak sihat...betol tak? Klau mereka tak berminat nak belajar pon, kita bole bg mereka latihan kemahiran yg mereka minati...Klau la aku ni jutawan...aku mmg nk bukak satu pusat mcm nih..utk anak bangsa gak.

Hishh..dah mcm2 lak idea nih...

So dalam sibuk2 buat persiapan tu, jagan lupa malam2 10 terakhir Ramadhan ni ya...tahun depan tak tentu kita dapat jumpa Ramadhan atau tidak...

cheers!

No comments: